Asal Usul Perkataan ‘OK’



Assalamualaikum dan selamat sejahtera, mesti ramai di antara kita yang suka menggunakan perkataan ‘OK’ ni kan? tapi tahukah anda dari mana perkataan ‘OK’ ni berasal?


Menurut sumber erkataan ‘OK’ berasal dari perkatan ‘Oll Korrect’. Kenapa menjadi begitu?
Anda pasti tertanya-tanya,bukannya yang betul adalah ‘all correct’.

Pada tahun 1839 di bandar New York muncul trend bahasa gaya baru, contohnya ‘KY’ untuk ‘know yuse’,’OW’ untuk ‘oll wright’ (sebelum muncul ‘oll korrect’),’KG’ untuk ‘know go’,’NS’ untuk ’nuff said’ dan banyak yang lainnya lagi.

OK’ merupakan perkataan yang masih bertahan,dikeranakan pada tahun 1840 ada suatu pilihan raya di New York dimana calon yang bernama Martin Van Buren menggunakan perkataan ‘OK’ sebagai slogan.
Nama panggilan Van Buren adalah ‘Old Kinderhook’, jadi para penyokongnya membentuk group yang bernama ‘O.K. Club’, yang mempunyai makna ganda iaitu ‘oll korrect’ dan ‘Old Kinderhook’.

Namun ini memberikan kesempatan kepada lawan Van Buren untuk mengejek penyokongnya sebagai kelompok yang buta huruf.


Antara Fakta-Fakta Lain :

* Perkataan ‘okey-doke’ pertama kali muncul pada tahun 1932, asalnya dari kebiasaan orang inggris yang mengucapkan OK berbunyi ‘okie’ yang kemudian dibawa ke amerika, dimana orang amerika membunyikannya dengan versi ‘e’ yg lebih panjang, sehingga menimbulkan sajak.

* Orang-orang yunani yg berhijrah ke Amerika namun kemudian kembali lagi ke tanah airnya disebut oleh orang yunani sebagai ‘okay-boys’, kerana mereka telah membawa kebiasaan amerika yang mengucapkan kata OK.

* Bentuk kata kerja OK awalnya muncul pada tahun 1919 yang dijabarkan sebagai “okeh”, yang dibawa oleh orang Choctaw (orang asli dibahagian tenggara amerika) “okeh”, yang bermakna “it is so”. Namun pada tahun 1929, ejaan ini diganti dengan ‘oke’, yang telah cukup banyak bertahan sehingga hari ini.


HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top