Awas, Pengambilan Antibiotik Berlebihan Boleh Membunuh

by Harian Malaya on 17 October, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Awas, Pengambilan Antibiotik Berlebihan Boleh Membunuh

PUTRAJAYA: Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penggunaan antibiotik dikalangan rakyat Malaysia semakin meningkat dan jumlah kes melibatkan perkembangan bakteria atau AMR turut mencatatkan peningkatan berterusan.

Kecenderungan rakyat Malaysia untuk mengambil antibiotik sebagai jalan mudah bagi sesetengah jenis penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak untuk menyekat perkembangan bakteria atau virus tertentu sebenarnya boleh membunuh.

Datuk Seri Liow turut mengingatkan bahawa preskripksi yang tidak tepat mengenai antibiotik boleh menyebabkan AMR (atau kebal terhadap ubat antibiotik dan ia sekali gus membentuk bakteria Superbug dalam tubuh pesakit), yang bermaksud bahawa kandungan dadah yang dalam ubat tersebut tidak lagi memberikan kesan pemulihan terhadap mikroorganisama yang menyebabkan penyakit berkenaan.

Hal ini kerana, pesakit yang menghidap penyakit yang serius, turut berhadapan dengan risiko maut, apabila badan mereka tidak memberikan tindak balas terhadap rawatan antibiotik yang diberikan ketika ia benar-benar-benar diperlukan, katanya selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan Saintifik di Antimikrob 2012 di sini, Selasa.

“Dalam kajian pada 2008, melibatkan 82 klinik kerajaan dan 17 klinik swasta menunjukkan kadar preskripasi antibiotik bagi penyakiy melibatkan jangkitan saluran pernafasan adalah 46.7 peratus di klinik swasta dan 27.8 peratus di klinik kerajaan.

“Di negara ini, kita mencatatkan peningkatan dalam kes AMR tertentu iaitu ‘lactamase beta spectrum lanjutan dan acinetobacter’ (jenis-jenis bacteria),” kata Liow.

Untuk itu, beliau menasihat pesakit tidak mengambil antibiotik melainkan mereka mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan disiplin boleh diambil terhadap ahli farmasi yang menjual antibiotik tanpa mendapat preskripsi doktor.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmaseutikal berkata beliau mendapati ada kes tertentu melibatkan pesakit cuba ‘mengubati diri sendiri’ dengan membeli antibiotik berdasarkan apa yang mereka baca di Internet.

Info Pendidikan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: