KOTA KINABALU – Seorang bekas guru telah dijatuhkan hukuman 36 tahun penjara serta 4 kali sebatan, Adrian Simon, 31, yang didapati bersalah atas tuduhan merogol seorang murid warga Singapura.
“Sepatutnya tugas kamu sebagai guru adalah mendidik, tapi apa yang kamu lakukan ini telah menjejaskan profesion perguruan”
Adrian yang didapati bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam, terhadap 2 tuduhan merogol murid berusia 11 tahun di sekolah tersebut pada Februari dan Mac lalu.
Tuduhan pertama, guru Matematik dan Sains itu dihukum penjara selama 18 tahun serta 2 sebatan kerana merogol murid berkenaan di stor makmal sekolah antara jam 2.10 hingga 3.30 petang pada Februari lalu.
Bagi tuduhan ke-2, Adrian dituduh melakukan perbuatan sama terhadap mangsa di makmal sekolah jam 10.25 pagi pada 26 Mac lalu dan dikenakan hukuman penjara 18 tahun dengan 2 kali sebatan.
Mahkamah mengarahkan hukuman berjalan serentak menyebabkan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman 18 tahun, namun membenarkan tarikh hukuman ditangguhkan sementara bagi Adrian untuk memohon rayuan di Mahkamah Tinggi. – Info Terkini @ forblogger.net

