Benjy Bakal Solo,Beri Perhatian Pada Ibunya: Jika disebut nama Jibek pasti wajah Benjy atau nama sebenarnya, Khaeryll Benjamin Ibrahim berada di bayangan anda sekarang setelah watak itu pernah menjadi fenomena dalam drama bersiri Kerana Cintaku Saerah suatu ketika dulu.
Namun, watak tersebut seolah dilupakan selepas Benjy ditangkap atas kesalahan terlibat dengan pengambilan dadah pada 2010 yang membuatkan anak kepada seniwati Azean Irdawaty ini sepi daripada dunia industri seni.
Pelbagai pandangan yang diberikan masyarakat terhadap dirinya, namun kesempatan untuk bercerita dengan tuan empunya diri, Benjy, 34, sempat memberi peluang kepada portal hiburan terkenal tanahair bagi berkongsi sedikit sebanyak perkara yang telah dilaluinya sehinggalah kepada perkembangan terkini dirinya.
“Apa yang telah berlaku biarlah ianya menjadi iktibar buat semua. Syukur saya masih boleh diterima oleh umum serta masih ditegur sekiranya ada yang bertemu dengan saya di luar. Masih ramai yang memberikan sokongan terutama kawan-kawan lama apatah lagi keluarga.”
Dalam pada itu, beliau ada memberitahu bahawa statusnya yang bakal menjadi duda tidak lama lagi. Namun keputusan belum ditentukan dan beliau masih menunggu perintah dari mahkamah.
“Sekiranya telah tiada jodoh saya dengan isteri, saya akan menerima keputusan tersebut bagi kebaikan bersama. Lagipun kami berpisah dengan aman dan tidak ada sebarang masalah. Begitu juga dengan hak penjagaan anak, kami berdua telah diberikan hak yang sama bagi menjaganya,”
Untuk pengetahuan umum Benjy yang berkahwin dengan Safiya Stephanie Kar Leng Lee telah dikurniakan anak lelaki bernama Firdauz Juan.
Beliau juga memberitahu bahawa dia perlu beri fokus kepada beberapa perkara yang dilihatnya lebih penting terutama kesihatan ibunya, anak serta perniagaan yang bakal diusahakannya dengan rakan-rakan kelak.
Ditanya mengenai soal pengganti, beliau berkata keputusan untuk mencari pengganti masih terlalu awal kerana beliau masih mempunyai tanggungjawab lain yang perlu dijaga.
“Kini saya tinggal bersama ibu dan melihat kepada perkembangan setiap hari, saya tahu ibu lebih memerlukan saya.”
“Kalaulah dapat kesakitan itu diberikan sedikit pada saya, sebagai anak saya lebih bersedia untuk menanggungnya daripada melihat dia menderita sedemikian,”
Benjy yang bakal beraksi di pentas teater tidak lama lagi bagi bersama Pekin Ibrahim untuk pementasan Tattoo Gestapo sebagai tanda comeback pertamanya ke dunia seni hiburan. Teater tersebut bakal dipentaskan pada 23 Oktober nanti. – Info Artis @ forblogger.net


{ 2 trackbacks }