Berdakwah Menerusi Lakonan, Abby Abadi

by MediaKini on 9 October, 2012

in Info Artis

Share:

Berdakwah Menerusi Lakonan, Abby Abadi : Ramai yang menyangka bidang kerjaya pelakon Gerak Khas, Abby Abadi kini telah berubah selari dengan imejnya.

Abby yang kini semakin aktif dengan ceramah politik serta agama, seolah-olah enggan kembali ke dunia seni lagi.  Bagaimanapun, Abby mengakui masih rindu dalam dunia lakon yang menjadi punca rezekinya sebelum ini.

“Secara jujurnya,saya masih sayangkan dunia lakonan srta teringin  kembali berlakon seperti dahulu.”

“Ramai menganggap bahawa saya tidak akan berlakon lagi, malah ada yang meletakkan saya sebagai bekas pelakon

Dia yang tidak ingin digelar ahli politik, tidak akan menolak tawaran berlakonan yang dirasakan sepadan dengan imejnya kini.

“Walaupun imej saya telah berubah, namun saya masih boleh berlakon serta berdakwah menerusi lakonan.

“Mungkin saya perlu lebih selektif, tapi jika ada yang benar-benar sesuai, saya tidak akan menolak,”

- Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: