Biri-Biri Berkepala Terbalik Jadi Perhatian Ramai




biri-biri
 Rakaman imej kambing di sebuah ladang di England yang menjadi perhatian di laman YouTube.

Sekali pandang, tiada yang aneh pada biri-biri ini, tetapi sebaik saja ia dilihat lebih dekat, ternyata ada yang aneh padanya.

Ketika ia leka meragut rumput, ramai yang terkejut apabila melihat biri-biri ini berkepala terbalik. Pemiliknya memaparkan imej berkenaan di YouTube bertegas mendakwa ia asli.

Ia ditonton hampir 50,000 kali dalam tempoh lima hari. Allan McNamara, dari Middlesbrough, Yorkshire Utara, berkata dia ternampak biri-biri berkenaan ketika berjalan-jalan di pinggir kampung dengan seorang rakan. Kata juruteknik komputer itu, tulang belakang yang terpusing mungkin menyebabkan kepala biri-biri berkenaan terbalik. “Kami memang sukar mempercayai apa yang kami lihat,” katanya. Menurut McNamara, 30, dia tidak dapat mengingat lokasi ladang tempat dia melihat biri-biriberkenaan, sebaliknya hanya mendakwa ia terletak di England. – hmetro

P/s: subhanallah, macam-macam keajaiban yang telah DIA tunjukkn.. ^_^

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top