Blokbuster: Zizan Razak Kalahkan Aaron Aziz


Zizan Razak


KUALA LUMPUR – Kemenangan Zizan Razak dalam kategori Hero Terhebat bagi majlis Anugerah Blokbuster membuktikan yang watak komedi juga mampu merangkul anugerah hero.
Malah ia sekaligus menewaskan pesaingnya yang sedang cukup popular dan meningkat naik iaitu Aaron Aziz.
Menurut Zizan, dia sebenarnya terkejut dengan kemenangan itu kerana ada orang beritahu kepadanya yang dia ketinggalan jauh daripada markah undian Aaron.
“Tak tahulah mengapa penonton pilih saya, nak kata kacak tidak pun, Aaron lagi kacak, mungkin sebab hidung kot. Aaron tak ada hidung macam ni.
“Atau mungkin saya ni kelakar,jadi bila orang nak undi tu mereka akan fikir dia ni kelakar patut undi, dia ni serius je taknak undilah,” katanya sambil berseloroh semasa ditemu bual pada majlis Anugerah Blokbuster yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, semalam.
Ditanya apakah kerana kejayaan filem Hantu Kapcai dan Lawak Ke Der 2 baru-baru ini yang telah menaikkan namanya sehingga dinobatkan sebagai hero terhebat, Zizan turut mengakuinya.
“Tak dinafikan, ia mendorong sedikit- sebanyak dalam menaikkan populariti saya. Saya memang betul-betul baru habis Lawak Ke Der 2, siapa yang pergi tu tahulah macam mana saya berusaha untuk buat penonton suka.
“Di United Kingdom (UK) orang angkat pelawak ni macam doktor, jadi saya sedang berusaha ke arah itu. Insyallah,” katanya dengan nada serius.
Zizan akan keluar dengan filem terbaru lakonannya iaitu Tokan pada tidak lama lagi. Kejayaan ini pasti memberi kenangan manis buat dirinya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top