BR1M 2.0 Tahun 2013 Bermula Januari

by Harian Malaya on 25 October, 2012

in Info Terkini

Share:

KUALA LUMPUR – Pihak kerajaan menjangka bakal mengagihkan bahagian pertama Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0) pada Januari tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini.

BR1M 2.0 Tahun 2013 Bermula Januari
Manakala borang permohonan untuk kedua-dua bantuan tunai RM500 dan RM250 itu boleh diperolehi pada bulan depan, katanya.

Melalui pengalaman dalam pengagihan BR1M pertama, kerajaan percaya ia boleh memuktamadkan data penerima bantuan tunai itu dalam masa dua bulan, katanya kepada pemberita selepas membuka Alorie Cocoon Wellness Resort.

“Kerana pemohon yang berjaya mendapatkan bantuan BR1M yang lepas tidak perlu memohon, kami hanya akan mengambil masa dua bulan untuk mengumpulkan data.

“Permohonan untuk bantuan RM250 pula adalah dengan borang berasingan dan tidak sama dengan bantuan isi rumah,” kata Lim.

“Ia akan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri dan beberapa agensi kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BRIM 2.0 ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Parlimen pada 28 September.

Dengan BR1M 2.0 ini, setiap rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan layak mendapat bantuan tunai RM500, manakala individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak untuk bantuan RM250 tersebut.

Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: