Camry, Toyota Estima Rempuh Sekatan Seorang Anggota Polis Cedera

by Harian Malaya on 17 October, 2012

in Info Riadah

Share:

Camry, Toyota Estima Rempuh Sekatan Seorang Anggota Polis Cedera

KAJANG – Ekoran sebuah kenderaan Toyota Estima di laporkan hilang oleh pemiliknya, pihak polis dengan segera membuat satu sekatan jalan. Bagaimanapun, dalam kejadian itu, seorang anggota polis cedera apabila di rempuh oleh sebuah Toyota Camry.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, dalam kejadian pada pukul 4.45 pagi, Lans Koperal Rozaili Hamid, 28, cedera di kepala, dahi, bahu dan rusuk kiri.

Bagaimanapun, selepas dirawat di Hospital Kajang Rozaili kemudian dibenarkan keluar dari hospital pada pukul 8.30 pagi pada hari sama. Akibat kecederaan itu Rozaili terpaksa menerima lapan jahitan di bahagian atas kepala sebelah kiri.

Menurut beliau, sekatan jalan itu dilakukan sebaik polis menerima maklumat daripada seorang ejen hartanah wanita yang mendakwa kenderaan Toyota Estima miliknya disamun di rumahnya di Sungai Long di sini.

Kejadian tersebut didakwa dilakukan tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta Toyota Camry.

Sebelum Toyota Estima itu dilarikan, penjenayah dikatakan memecah masuk rumah ejen hartanah itu dan mengambil kunci kenderaan tersebut.

Toyota Estima tersebut kemudian dipandu secara mengundur sebelum pintu pagar rumah mangsa dirempuh dan kenderaan itu dilarikan.

Polis yang mendapat laporan kemudian mengerahkan tujuh anggotanya mengadakan sekatan jalan di Batu 10 bagi mengesan kenderaan milik wanita itu.

Kata beliau, selepas kira-kira 25 minit kemudian Toyota Estima tersebut muncul dengan dipandu laju oleh seorang lelaki.

Kenderaan tersebut terus memotong ke lorong sebelah kanan lalu merempuh papan tanda sekatan polis. Selepas rempuhan itu, kenderaan tersebut tidak berhenti malah terus dipandu laju menghala ke ibu negara.

“Tidak berhenti di situ, kereta Toyota Camry dinaiki dua lelaki yang mengekori Toyota Estima tersebut turut tidak berhenti malah merempuh Rozaili,” kata beliau.

Rozaili ketika itu tidak sempat mengelak kerana leka membuat pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan lain.

Toyota Estima  dan kereta Toyota Camry kemudiannya ditemui semula ditinggalkan penjenayah di Taman Orkid, Kajang.

Info Riadah @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: