KAJANG – Seorang lelaki berperwatakan alim yang didakwa telah berkahwin sebanyak 11 kali sewaktu disoal siasat penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sejurus ditahan, awal pagi semalam memberikan alasan.
“Saya hendak cari yang terbaik, tetapi setiap kali berkahwin saya gagal”
Cerita Mohd Razis Ismail, 30, didedahkan portal berita tempatan Ahad pada 21 Oktober lalu setelah mendapat aduan daripada sebahagian isterinya, sekali gus mendorong Jais bagi melakukan siasatan sebelum menahannya.
Tangkapan yang dilakukan sepasukan anggota Unit Dasar, Penyelewengan dan Doktrinisasi Jais diketuai Penolong Pengarahnya, Shahrom Maarop di sebuah kedai makan di Bandar Tun Hussein Onn, di sini, jam 1 pagi semalam.
Dia didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, di sini, jam 3 petang semalam, atas 2 tuduhan iaitu memalsukan dokumen bagi bernikah dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.
Semasa disoal siasat, Mohd Razis bagaimanapun menafikan yang dia telah berkahwin 11 kali, sebaliknya hanya sembilan kali dengan yang terbaru pada Ogos lalu, tetapi dia gagal mengingati dengan tepat maklumat peribadi kesemua isterinya dengan alasan hanya ingin berjumpa sekali-sekala sebelum bercerai. - Info Terkini @ forblogger.net
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA



{ 3 trackbacks }