Celcom Perkenal Peperiksaan Percubaan SPM Secara Online

by Harian Malaya on 20 October, 2012

in Info Pendidikan

Share:

Celcom perkenal peperiksaan percubaan SPM secara online

KUALA LUMPUR – Info pendidikan, Celcom Axiata Berhad di beritakan akan memperkenalkan peperiksaan percubaan pertama kali untuk pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerusi ‘Educube’, iaitu perkhidmatan pendidikan secara online.

Menurut satu kenyataan, Celcom berkata ia akan memberi peluang kepada calon untuk menajam kemahiran mereka dalam empat subjek iaitu Matematik, Sains, English dan Bahasa Malaysia.

Para pelanggan di benarkan memilih sebarang masa dan tarikh antara 22 Okt hingga 28 Okt untuk menduduki peperiksaan percubaan itu, yang hanya dibenarkan sekali sahaja.

Selepas itu, keputusan keseluruhan di seluruh negara akan dikeluarkan  dalam tempoh 48 jam dari tarikh akhir tempoh peperiksaan iaitu pada 28 Okt.

Para pelajar boleh meneliti keputusan mereka, jawapan yang salah dan menentukan keseluruhan ranking menerusi modul Kad Laporan Online Educube.

Sebagai bonus, pihak Educube akan turut memberi dana berjumlah RM10,000 kepada tiga pelajar teratas sebagai insentif tambahan.

Untuk mendapatkan perkhidmatan pembelajaran online Educube itu, para pelanggan akan dikenakan bayaran sebanyak RM4.99 sebulan.

Info Pendidikan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: