Deejay Tyzo Beri Keterangan Isu Rasuah: Deejay Tyzo yang merupakan salah seorang Penyampai radio Suria FM, memberi keterangan berhubung isu meminta rasuah oleh anggota polis di Ibu Pejabat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jumaat lepas.
Tuah Zoqarnain Idris, 36, yang lebih dikenali dengan panggilan Deejay Tyzo tiba di Bukit Aman kira-kira pukul 2.30 petang dan memberi kenyataannya selama kira-kira 90 minit kepada seorang pegawai polis di Bahagian Tatatertib.
Selain memberi keterangan di balai polis, dia turut hadir ke ibu pejabat SPRM di Jalan Cochrane, Cheras di sini kira-kira pukul 4.45 petang dan diambil keterangan kira-kira 30 minit.
Menurut Deejay Tyzo, dia tidak pernah membayangkan selepas membuat keputusan untuk tidak memberi rasuah, dia perlu memberi kenyataan kepada beberapa pihak berkuasa.
“Saya bagaimanapun gembira kerana saya dapat mempertahankan prinsip saya dan berkata “tidak” kepada rasuah,”
Menurut pihak polis, anggota yang dikatakan meminta rasuah daripada Tyzo itu telah dikenal pasti dan kedua-dua pihak berkuasa berkenaan akan merakamkan kenyataannya dalam waktu terdekat.
Selain itu, Tyzo turut memberitahu dia risau dengan keselamatannya selepas menerima satu panggilan telefon daripada individu yang tidak dikenali melalui talian telefon pejabat yang mendakwa kononnya mahu menyiasat kes berkenaan.
Ini kerana sebelum ini Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Superintenden Zulkifli Joned dan pegawai penyiasat kes berkenaan telah berhubung dengannya secara terus melalui telefon bimbitnya.
“Rakan-rakan saya tidak memberikan nombor telefon saya kerana bimbang perkara yang tidak diingini.
“Saya bimbang kenapa orang yang mendakwa pegawai polis tidak mempunyai nombor telefon bimbit saya sedangkan sebelum ini pihak-pihak berkenaan telah berhubung secara terus dengan saya,”
Pada Rabu lepas, Deejay Tyzo telah melalui pengalaman ditahan anggota polis kerana kesalahan memandu kereta bercermin gelap dalam satu sekatan jalan raya di sekitar jalan Sunway dekat sini. Forblogger@Info Artis

