Diana Danielle Minat Menyanyi Dari Berlakon

by Harian Malaya on 24 October, 2012

in Info Artis

Share:

Diana Danielle Minat Menyanyi Dari Berlakon

Perkahwinan Diana Danielle dan Farid kamil di jangka berlangsung pada 3 November 2012 nanti. Para wartawan yang berjumpa beliau sempena majlis Anugerah Skrin 2012 pusat beli-belah e@Curve baru-baru ini, sempat bertanyakan beberapa soalan kepada Diana kenangan semasa zaman remaja dulu.

Ketika di ajukan soalan tentang bidang yang di minatinya sebelum ini, Diana akui cita-citanya lebih terarah kepada bidang nyanyian. Disebabkan itu, Diana tidak berminat untuk mengambil tahu mengenai dunia lakonan tempatan.

“Waktu itu saya masih budak-budak lagi, memang saya gila sangat menyanyi. Sebaliknya kini, saya bukan bergelar penyanyi tetapi lebih dikenali sebagai pelakon. Sejak itulah baru saya mengenali Farid Kamil.

“Kami berkenalan ketika sama-sama membintangi filem Evolusi KL Drift. Pada ketika itu, saya suka cara dia bertutur dan sikap dirinya. Tidak lebih daripada itu,” luahnya.

Diana mula meminati bakat lakonan Farid tercetus selepas Diana menonton filem Anak Halal lakonan Farid bersama Maya Karin.

“Selepas menonton filem Anak Halal, saya mula meminati Farid. Bagi saya, dia seorang pelakon yang bagus. Sekarang, bila fikir saya bakal berkahwin dengan orang yang saya minati, rasa diri ini amat bertuah,” tutur Diana.

Dalam pada itu, Diana turut berharap agar perkahwinannya bersama Farid nanti akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.

“Walaupun ramai yang kata perkahwinan selebriti banyak dugaannya, bagi saya semua orang mempunyai dugaannya yang tersendiri. Saya cuma berharap, Farid merupakan jodoh saya sehingga saya menutup mata,” katanya dalam senyuman yang bahagia.

Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: