Dr Sheikh Muszaphar Bakal Bintangi Filem Pengembaraan Angkasa




Kami sebenarnya memang jangkakan suatu hari nanti akan ada penerbit filem berminat dengan kisah kembara angkasawan pertama negara ini tetapi tidak’lah secepat ini.

Dan lebih menarik, angkasawan itu sendiri bakal membintangi filem tersebut. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sahkan penglibatan beliau untuk pertama kali dalam filem.

Menurut beliau lagi, filem berjudul ‘N01 – 10 HARI: 21 JAM: 14 MINIT DI PINTU AJAL’ itu akan menemui penonton sekitar Mac 2013 & akan di’arahkan oleh Imran Ismail.

Imran Ismail sebelum ini pernah mengarahkan filem Jalang, Cassandra & Datin Ghairah dan kami ada semacam perasaan yang filem angkasa ini bakal tiada beza. Ya, kami negatif.

The Star turut menyebut yang filem pengembaraan angkasa ini merupakan kombinasi imej janaan komputer (CGI), imej tiga dimensi (3D) & rakaman angkasawan itu sendiri di’atas sana.

“Kita sendiri tidak pasti sama ada Malaysia akan menghantar angkasawan lagi ke luar sana, filem ini di’harap memberikan gambaran angkasa lepas kepada semua,” ujar beliau.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top