Elfira Pentingkan Ilmu Walaupun Sibuk Berlakon


Elfira Loy

KUALA LUMPUR – Pelakon utama bagi drama Dalam Hati Ada Taman terbitan saluran Astro, Elfira Loy, 18, menegaskan dirinya amat mementingkan ilmu dan pendidikan walaupun bergelar seorang pelakon.
Elfira yang mesra dipanggil El telah memulakan kerjaya seni lakonannya sejak dia berada di bangku sekolah lagi.
Sebelumini, Elfira memberitahu, dia mengalami sedikit kesukaran untuk membahagikan masa antara berlakon dengan menumpukan perhatian untuk sekolah.
Namun, setelah berjaya melanjutkan pelajaran di Kolej Damansara Utama (KDU) dalam bidang Seni Persembahan, itu sudah cukup membuktikan Elfira mampu mencabar dirinya untuk menuntut ilmu.
“Sejak April lalu, saya sudah mendaftar sebagai pelajar KDU dan saya juga telah menamatkan semester pertama. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.
“Orang mungkin anggap pelakon sibuk macam saya sukar untuk menghabiskan pelajaran tapi saya mampu melakukannya walaupun sedikit sukar,” kata Elfira yang dipetik dari Utusan Online, hari ini.
Percaturannya memulakan kerjaya seni di usia yang masih remaja ternyata berbaloi kerana namanya kian dihambat populariti.
Elfira berpendapat walaupun dia hebat mencipta nama dalam dunia seni, dia juga perlulah hebat dalam mencari ilmu pendidikan.
Dengan ilmu yang dicari, Elfira percaya itu mampu menjadi bekalan di masa hadapan sekiranya dia tidak lagi menjadi pelakon dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya pelajaran amat penting. Sejauh mana seseorang itu nampak hebat dalam dunia seni, mereka mesti ada latar belakang pendidikan yang tinggi. Sebab itu, saya berazam untuk belajar selagi termampu sebagai bekalan di kemudian hari.
“Kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Apa yang boleh dilaksanakan hanyalah bersedia dengan ilmu dan hadapi apa juga kemungkinan mendatang,” katanya.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top