Elly Mazlein Enggan Ulas Status Pertunangannya



Bertunang pada 30 May 2011, Elly Mazlein dan tunangnya, Azmi masih belum lagi bergelar suami isteri. Terbaru, Elly Mazlein dilihat menghadiri majlis pelancaran filem Awan Dania The Movie tanpa cincin tunang di jarinya. Tindakan itu menimbulkan spekulasi terhadap status pertunangannya.
elly mazlein
Ditemubual oleh Kosmo hari ini, Elly Mazlein enggan mengulas mengenai status pertunangannya itu. Elly tidak memberitahu sama ada dirinya masih tunangan orang atau pun sebaliknya. Kata Elly:-
Saya tidak mahu beri sebarang komen, lebih selesa berdiam diri. Saya harap semua faham kerana hal ini berkaitan dengan kehidupan peribadi saya. Bagi saya sesuatu yang normal tidak semestinya orang yang bertunang mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan, ada yang berkahwin pun bercerai jug
elly mazlein
Hmmmm. Mendalam kata-kata Elly Mazlein ini. Sukar untuk ditafsirkan apakah maksud yang sebenarnya. Hanya tuan punya badan sahaja yang tau. Apa pun Admin doakan agar hubungan pertunangan Elly Mazlein masih kekal dan akan terus ke jinjang pelamin dalam masa terdekat ini.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top