Elly Mazlein Serba Salah Bila Wartawan Tanya Cincin Di Jari

by Harian Malaya on 19 October, 2012

in Info Artis

Share:

SUBANG : Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein, 32, mejandi serba salah apabila ditanya salah seorang wakil pihak media tentang ketiadaan cincin tunang di jari manisnya.

Menambahkan lagi rasa serba salah Elly apabila dia berbicara soal single terbarunya berjudul Sabarlah Hati, di mana liriknya berceritakan kisah pasangan bercinta yang terputus di tengah jalan.

Elly Mazlein Serba Salah Bila Wartawan Tanya Cincin Di Jari

Elly Mazlein juga seolah-olah enggan bercerita lebih lanjut tentang tunangannya, Azmi Mohd Hata,37, jauh sekali untuk memperkatakan soal perancangan perkahwinan mereka berdua, meskipun sudah lebih setahun mengikatkan tali pertunangan.

Akhirnya jawapan Elly kepada pihak media;

“Kepada sesiapa yang mengenali diri saya, saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi dengan sesiapa. Dalam apa juga hal sekalipun biarlah saya pendamkan dulu.

“Nanti bila tiba masa yang sesuai barulah saya umumkan kepada semua. Perkara yang sama juga saya lakukan ketika ingin bertunang dulu.

“Berkenaan cincin yang tak ada di jari saya ini, kerana saya terlalu tergesa-gesa untuk menghadiri majlis hari ini. Jadi tak sempat nak pakai,” katanya dengan nada penuh misteri.

Elly Mazlein ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem Awan Dania The Movie bersama-sama pelakon utama filem berkenaan, Scha Al-Yahya, Rusdi Ramli, Jehan Miskin dan tidak ketinggalan pengarah, Rashid Sibir.

Jelas Elly Mazlein yang memegang watak sebagai Tania dalam Awan Dania The Movie, dia tidak pernah meletakan masa atau jangka masa tertentu untuk disatukan dengan pengarah drama dan filem berkenaan.

Apapun, doakan yang terbaik buat Elly Mazlein.

Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: