Feeya Iskandar Terima Surat Tidak Senonoh

by MediaKini on 27 October, 2012

in Info Artis

Share:

Feeya Iskandar Terima Surat Tidak Senonoh: Penyampai Sinar FM, Feeya Iskandar, 23, dikatakan telah menerima sepucuk surat berunsur tidak senonoh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Berita tersebut telah disahkan Feeya menerusi status Facebook peribadinya, petang tadi.

Selain menerima surat tidak senonoh, anak kelahiran Johor Bahru ini juga turut menerima gangguan fizikal daripada individu berkenaan. Pintu rumah Feeya atau lebih dikenali dengan nama Cik Piah di Sinar FM juga sering saja digegar oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu.

Tatkala ini pihak portal hiburan tanah air  masih belum mendapat menghubunginya, tapi Feeya dilaporkan bakal membuat laporan polis bagi menjaga keselamatan diri. Malah, ramai kenalan serta peminatnya di Facebook meninggalkan komen agar Feeya membuat laporan polis dengan segera.

Berikut adalah status yang ditulis Feeya dalam akaun Facebooknya,

“Kali ni saya x kan berdiam. kau berani sangat antar surat lucah dan gegar pintu rumah aku ya. Sebelum ini kau penah buat tapi aku diam. Tapi sekarang aku kena report polis sebelum keadaan lagi teruk.kau tunggu!!”

- Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: