PETALING JAYA: Selepas hubungannya dengan pelawak Mamat (Sepah) dan seorang usahawan bergelar ‘S’ menemui kegagalan kini pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) mengakui sedang berkawan rapat dengan pelakon komedi Zalif Sidek.
Fida, 26, berkata, kesungguhan Zalif atau nama sebenarnya Md Zalif Naquiyudin Wan Abu Bakar Sidek, 27, untuk mengenalinya dengan lebih dekat membuatkan mereka mulai rapat sejak dua bulan lalu.
“Kami baru berkawan rapat dan belum sampai ke tahap bercinta. Rasanya tak salah kalau saya bagi peluang kepada Zalif. Lagi pun, masing-masing masih solo.
“Saya suka dengan keberanian dan keikhlasannya mahu mengenali saya dengan lebih mendalam. Dia juga seorang lelaki yang budiman,”katanya.
Fida berkata, dia memang mudah tertarik dengan lelaki yang gemar berjenaka dan periang.
“Mungkin secara kebetulan sahaja Zalif dan Mamat adalah pelakon komedi. Hakikatnya, saya memang mudah tertarik dengan lelaki yang suka berjenaka dan periang.
“Zalif pandai membuat saya ketawa apabila saya tertekan dengan kerja. Dia membuatkan saya berasa selesa apabila kami berjumpa,” kongsinya.
Diusik mengenai desas-desus hubungannya dengan seorang VIP sebelum ini, Fida berkata, kerana perbezaan status dan kesibukan kerja masing-masing hubungan mereka semakin renggang.
“Susah untuk kami rapat kerana status dan kedudukannya. Gosip-gosip yang timbul sebelum ini turut menyulitkan keadaan.
“Saya bekerja dalam bidang ini jadi mungkin tak ada masalah hendak tangani gosip tetapi untuk dia, keadaan itu tidak sesuai untuknya,” luahnya.- Info Artis @ forblogger.net


{ 1 trackback }