Feez atau nama sebenarnya Hafizah Sulaiman, 23, pernah bersama dengan Neelofa, Anzalna dan sebagainya dalam Pertandingan Dewi Remaja 2010.
Feez, bintang kelahiran Pertandingan Dewi Remaja 2010 ini telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan iaitu Mohd Syahzereen Shah Shahril dalam usia yang agak muda.
Baru-baru ini, Feez, anak kedua dari empat beradik ini telah selamat melahirkan bayi perempuan yang bernama Dara Nurdhuha Munawwarah.
Bayi perempuan yang comel seperti ibunya itu dilahirkan melalui kaedah normal pada pukul 5.46 petang dengan berat 2.96kg.
Feez kini di laporkan kurang aktif dalam industri hiburan bagi menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap keluarga tercinta.
Dengan penghijrahan besar yang dilakukan oleh selebriti jelita ini dengan berhijab, sedikit sebanyak ianya telah menyerlahkan lagi personaliti gayanya yang ayu.




