Gambar Fenomena Air Terjun Bergerak Ke Udara

 

Gambar Fenomena Air Terjun Bergerak Ke Udara: Jika difikirkan secara logik tidak mungkin air terjun dapat bergerak ke udara, sedangkan secara normal kita lihat air terjun hanya boleh bergerak ke bawah.

Namun itu hakikat yang berlaku di Sydney apabila air terjun telah didapati bergerak ke udara . Kejadian yang ganjil itu telah berjaya dirakamkan menggunakan kamera dan ia kemudian muatnaik di Youtube. Sebelum ini juga, kita dikejutkan dengan penemuan api yang mengalir di air terjun.

Air terjun tersebut tidak turun dari kawasan tinggi seperti kebiasaan. Namun apa yang terjadi adalah air terjun itu dipaksa oleh angin untuk bergerak ke udara. Kejadian itu berlaku akibat tiupan angin kencang yang melanda kawasan air terjun tersebut hingga mencecah 120 kilometer sejam.

Seorang penyelidik  yang terlibat menyelidik dalam perubahan cuaca dunia dari pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berpendapat, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.

“Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan”

- Info Riadah @ forblogger.net