Shahz Jaszle atau nama sebenarnya Mohd Shahrizal Jaszle bin Jasmin, 23 tahun, merupakan salah seorang model dan pelakon popular terkenal menerusi watak Ash dalam siri televisyen “Tari Tirana” pada tahun 2009.
Bakat beliau mula mendapat perhatian dan mencuri tumpuan apabila muncul dengan kontroversi hangat tentang isu putus cinta bersama pelakon seksi Miera Liyana.
Menurut info web hiburan terkenal, pada 10 Oktber yang lalu, Shahz Jaszle yang mempunyai campuran darah Cina, Pakistan dan Melayu Indonesia ini telah berlepas ke India.
Shahz yang tiba di India untuk drama Lestari’s #MonumenCintaQaseh sempat berkongsi beberapa keping gambar di laman Instagram dan Twitter tentang kehidupan harian di negara India.











{ 1 trackback }