3 keping gambar sewaktu Norish Karman berada di sebuah wad hospital swasta.
Norish Karman yang mengalami ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ akibat kekoyakan di bahagian spine disc serta tisu yang menyebabkannya sukar untuk berdiri dan mengalami sakit di bahagian belakang yang teruk.
Menurut Norish ketika di temu bual di wad hospital swasta tersebut,
“Sekarang ni NK dalam pemulihan dan buat masa sekarang masih lagi duduk atas kerusi roda supaya tak bagi tekanan pada tulang belakang. NK pun sedang jalani terapi selama 4 kali seminggu dalam 4 minggu ni.
Insyallah lepas ini takkan lumpuh dan akan boleh berlari. Cuma selama 6 minggu ni kena berhati-hati dan rajin pergi terapi. NK pun tak boleh langsung angkat barang berat.
Tapi masalahnya, anak-anak sangat rapat dengan NK. Sampaikan setiap hari nak kena angkat mereka semua dari baby Haq sampai la anak yang sulung, Armany, 13 tahun” ujar NK sewaktu dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.”
Walaupun Norish telah selesai menjalani pembedahan tersebut, Norish akui dirinya masih lagi tidak sempat berehat.
Setelah lima hari berada di hospital, Norish dikatakan sudah mula jalani penggambaran drama bersiri ‘Julia’ yang sedang di tayangkan di Slot Akasia TV3.
“Alhamdulillah, Norish dah dapat mengandungkan 6 orang anak baru dapat penyakit ini. Kalau tak, mungkin payah untuk laluinya. Allah maha besar,” ujar Norish Karman panjang lebar.
“Lima hari dekat hospital belum sempat lagi berehat. Komitmen terhadap kerja amat diutamakan. Rezeki dari Allah, semua ini juga Allah yang izinkan. Pasti juga Allah akan beri NK kekuatan untuk hadapi semua ini.”
Tambah Norish, “apa yang Norish alami ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja. Ini adalah disebabkan tekanan pinggang belakang.”
“Cuma langkah berhati-hati dan terapi sahaja yang bolah mengelakkan diri Norish dari tidak terkena penyakit seperti ni lagi.” Ujar Norish.




{ 1 trackback }