Gambar persiapan pra perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo

by Black Hat on 9 October, 2012

in Info Terkini

Share:

Gambar persiapan pra perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo

Gambar persiapan pra perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo – berikut adalah gambar persiapan pra perkahwinan wira negara, Lee Chong Wei danpasangannya, Wong Mew Choo di sebuah lokasi peranginan, iaitu Golden Palm Tree Iconic Resort & Spa, Sepang Goldcoast. Perkahwinan berkonsepkan taman pantai ini mengabungkan 2 warna sebagai tema utama iaitu merah jambu dan putih.

Beberapa hari lalu, Lee Chong Wei melalui NTV7 mengumumkan bahawa perancangan untuk berkahwin ini akan diadakan secepat mungkin sebaik sahaja tamat tempoh berkabung 100 hari kerana menghormati kematian nenek kepada Wong Mew Choo.

Gambar Perkahwinan Lee Chong Wei

Sementara itu, tarikh perkahwinan Chong Wei dan Mew Choo dijangka pada 10 Oktober ini, ada juga peminat yang perasan akan sebuah status Facebook berbunyi, “Lee Chong Wei and Wong Mew Choo will be having wedding dinner on 10 and 11 Oct 2012. Excited?” Nampaknya, tarikh perkahwinan Datuk Lee Chong Wei yang sepatutnya berlangsung pada 2013 secara diam-diam telah diubah kepada lebih awal.

Difahamkan, antara tetamu jemputan beliau ialah musuh tradisinya di gelanggang, pemain badminton China, Lin Dan serta bekas pemain badminton Indonesia, Taufik Hidayat.

Kedua pasangan ini pernah terkandas sekejap atas komitmen kerja pada tahun 2009 dan kembali bercinta semula setahun kemudian, kemudian sejak itu hubungan mereka menjadi semakin erat. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: