Gambar Seksi,Fina AF9 Tindik Pusat?: Terbaru Fina AF9 yang popular bersama lagu ‘Menangis Lagi’ menimbulkan kontroversi di dunia Instagram apabila memuat naik sekeping gambar tindik di bahagian pusat yang dipercayai adalah dirinya.
Tidak cukup dengan itu, penyanyi bersuara lantang ini juga dipuji amat berani oleh followersnya kerana telah memuat naik gambar yang memaparkan bahagian abdomen yang ramping itu, sedikit sebanyak memberikan imaginasi nakal kepada lelaki yang melihatnya.
Lantasan itu, sebuah portal hiburan tanahair telah menemu bual Fina AF9 untuk mengetahui perkara sebenarnya. Adakah dia sengaja membangkitkan kontroversi, ataupun terlepas pandang semata-mata?
“Sebenarnya, gambar tersebut bukanlah saya. Saya cuma ambil dari internet dan sengaja memilih gambar wanita yang rambutnya hampir serupa dengan saya serta muat naik dengan tujuan suka-suka. Tak mungkinlah saya tindik pusat, kemudian masukkan ke laman sosial. Kalau ibu saya tahu, pasti dia akan marah. Jadi, tak ada sebab saya ingin lakukan perkara sebegitu”
Dalam pada itu, beberapa keping gambar yang menampakkan Fina memakai gaun ketat serta seksi juga turut dimuat naik ke laman Instagramnya. Gambar-gambar berkenaan telah menimbulkan beberapa spekulasi serta dan persoalan kepada para peminat.
“Pihak penaja cuma inginkan Fina berpakaian sebegitu, tidaklah seksi pun serta Fina dibayar bagi mempromosikan pakaian mereka”
Tidak hanya sampai disitu, pihak wartawan juga turut terdengar suara-suara kecil yang mengatakan Fina kini tidak ubah sama seperti perempuan murahan kerana sanggup berpakaian begitu.
“Saya rasa, saya bukan seperti yang orang kata. mulut orang, siapa boleh tutup, kan? Jadi, kalau saya pakai macam itu je, saya ini murahlah?
“Orang yang kenal saya, mesti tahu saya macam mana orangnya. Ibu saya sendiri tahu saya ini jenis yang macam mana”
Tidak kurang juga, terdapat beberapa tuduhan melulu dari sumber-sumber yang dipercayai mengatakan Fina kini berparti di kelab malam serta penyanyi ini sekali lagi menafikan tuduhan itu.
“Jika saya pergi kelab malam pun, saya hanya pergi tengok ‘live band’ serta akan ditemani oleh ibu dan adik beradik saya. Memang tiap-tiap minggu saya pergi, tapi hanya untuk melihat ‘live band’ bersama keluarga saya”










{ 1 trackback }