Gempar Mayat Bayi Dalam Tangki Air: Gempar penemuan mayat bayi lelaki yang cukup sifat serta masih bertali pusat telah ditemui terapung dalam tangki takungan air di Taman Puncak Jalil semalam.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP Abd Razak Elias berkata bayi tersebut dijumpai orang awam yang menghubungi Bilik Gerakan Polis Daerah Serdang pada jam 5.30 petang.
“Mayat bayi yang telah berulat serta dibalut dengan t-shirt berwarna merah itu dipercayai berada dalam takungan air tersebut selama 4 hingga 5 hari,”.
Bayi itu kini telah dihantar ke Hospital Serdang bagi bedah siasat.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut bagi menghubungi Ibu Pejabat Daerah Serdang di talian 03-8062 0485. – Info Terkini @ forblogger.net
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA


{ 2 trackbacks }