Guan Eng cabar PM dan menteri isytihar harta

Guan Eng cabar PM dan menteri isytihar harta

SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng cabar semua pemimpin kerajaan dan Barisan Nasional (BN) termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan harta masing-masing  jika mereka bernar bersungguh-sungguh mahu membanteras rasuah.

Guan Eng berkata, selain pengisytiharan harta, kerajaan BN juga harus laksanakan tender yang terbuka, termasuk melarang ahli keluarga mereka mempunyai urusan perniagaan dengan kerajaan serta gugurkan pemimpin yang mengamalkan gaya hidup mewah.

“Sekali lagi, Najib telah gagal buktikan kesungguhannya dalam usaha membanteras rasuah sehingga Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam boleh dengan bangganya menganjurkan sebuah kenduri kahwin anaknya untuk seramai 130,000 orang. Tidak kisahlah siapa yang bayar atau berapa jumlah harga kenduri tersebut.

“Dan sehingga kini juga tiada sebarang jawapan kepada soalan yang ditanya tentang kekayaan keluarga Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Taib Mahmud,”

katanya.

Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang menambah, sekiranya Najib mahu meyakinkan rakyat, beliau disarankan mengikut tindakan Kerajaan Pulau Pinang yang telah pun membuat pengisytiharan harta secara terbuka.

“Dalam masa yang sama, pemimpin BN yang hidup mewah dengan rumah mewah, kereta dan plat nombor yang mahal harus digugurkan. Manakala ahli-ahli keluarga juga harus dilarang terlibat sebarang urusan perniagaan dengan kerajaan.

“Suatu elemen yang yang wajib dalam usaha membanteras rasuah adalah untuk menginstitusikan tender terbuka. Tanpa tender terbuka, projek-projek awam dirunding secara terus dan dianugerahkan kepada kroni yang menyebabkan rakyat mengalami kerugian,”

katanya.

Selain itu, Guan Eng turut mempertikaikan peruntukan RM386 juta untuk 57 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Sabah dan Sarawak seperti yang diumumkan Perdana Menteri dalam intipati Bajet 2013.

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Guan Eng cabar PM dan menteri isytihar harta

Leave a Reply