Gunung Lokon Meletup Di Sulawesi


Gunung Lokon

SULAWESI – Gunung Lokon di timur laut Indonesia memuntahkan lahar dan debu semalam sehingga menyebabkan jerebu di kawah gunung berkenaan dan mendorong pihak berkuasa memberi amaran kepada penduduk berdekatan, lapor agensi berita Antara.
Lembaga Kawalan Bencana Kebangasan Indonesia, Sutupo Purwo berkata, bunyi dentuman kuat kedengaran di pondok pemantau kira-kira enam kilometer dari gunung berkenaan yang meletup kira-kira jam 2.05 petang.
Letupan berterusan kedengaran selepas itu walaupun pihak berkuasa tidak dapat memastikan jumlahnya.
“Sehingga kini, masih ada letupan tetapi mereka tidak dapat memantau kerana gunung itu diliputi jerebu.
Gunung Lokon bersama Gunung Empung adalah gunung berapi kembar di utara Sulawesi, Indonesia kira-kira 10 kilometer selaatan Manado. – Agensi

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

1 comments:

''CasanovA'' said...

niiih...kunjungan balik makasih sdh mampir di blog ak salam persahatan.

Scroll to top