KUALA TERENGGANU: Seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun antara pesalah trafik yang telah ditahan dalam operasi mencegah Mat Rempit oleh Unit Khas Pasukan Trafik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekitar Padang Midin dekat sini hari ini.
Wanita yang berusia 36 tahun itu mendakwa kedua-dua mereka dalam perjalanan ke rumah keluarga angkat di sekitar kawasan terdekat, namun ditahan atas kesalahan tiada memiliki lesen memandu.
Dalam operasi kali ketiga ini, semalam bermula pukul 3 petang hingga pukul 5 pagi tadi, sebanyak 301 saman trafik dikeluarkan atas pelbagai kesalahan membabitkan pemeriksaan ke atas 20 buah kereta dan 417 buah motosikal.
Ketua operasi khas ini, ASP Khuzir Abd Majit berkata 13 buah motosikal disita atas pelbagai kesalahan manakala 123 buah lagi diberikan notis arahan pemeriksaan semula.
Antara kesalahan yang banyak dilakukan ialah menunggang tanpa lesen, cukai jalan telah tamat tempoh, mengubah suai ekzos dan enjin serta nombor plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan. – Info Terkini @ forblogger.net

