Ika Nabila Tindik Lidah Sebab Fesyen?


Ika Nabila



Nampaknya, kisah kontroversi yang datang kepada pelakon kelahiran dari program realiti Akademi Fantasia, Ika Nabila tidak pernah surut.

Dari satu kisah ke satu kisah timbul seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Kalau di awal kemunculan Ika ke dalam industri hiburan tanah air, cerita Ika mempunyai kekasih ‘pengkid’ heboh diperkatakan.

Ada pihak-pihak tertentu mendakwa kerap kali terlihat Ika dengan kekasih pengkidnya mesra dikhalayak umum.

Namun, Ika menafikan dakwaan tersebut dengan menerangkan dia berkawan dengan semua orang termasuklah pengkid.

Selepas itu, tersebar pula gambar ika berseronok di kelab hiburan sambil memegang gelas arak.

Sekali lagi Ika menafikan dia minum arak dengan menjelaskan itu adalah air minuman sparkling.

Malah, Ika menegaskan itu adalah konspirasi untuk mencalarkan imejnya sebagai pelakon.

Hari ini, di dalam rancangan gosip hiburan tempatan, Melodi, ketika ditemu bual oleh pengacara rancangan tersebut, jelas menampakkan lidahnya bertindik subang?

Benarkah?

Ika yang diasak soalan oleh pengacara itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak naklah cakap. Hal peribadi.

“Saya buat pun sebab fesyen. Saya suka ikuti fesyen terbaru,” kata Ika.

Ika turut menegaskan sesuatu perkara yang dia lakukan adalah atas kehendak dirinya dan bukanlah disuruh oleh individu tertentu.

Namun, di hujung temu bual itu Ika sempat meninggalkan nasihat kepada penonton rancangan itu.

“Untuk adik-adik diluar sana, apa yang orang buat perkara yang baik, positif, eloklah kita ambil. Yang tak elok jangan ikut, tak naklah hisap rokok, minum arak ke, tindik lidah ke, tak nak semua tu…,” kata Ika.

Macam mana pula tu?

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top