Satu imej menyeramkan telah berjaya dirakam oleh seorang peniaga di Menara Condong Teluk Intan dengan menggunakan handphone sahaja.
Menurut sumber, peniaga tersebut sendiri tidak perasan akan gambar yang dirakam itu mempunyai satu imej hantu seperti pontianak.
Gambar tersebut berjaya dirakam secara tidak sengaja ketika peniaga tersebut sedang mengemas gerainya selepas tamat waktu perniagaan di ekspo dan karnival jualan sempena sambutan Tahun Baru Cina.
Wajah ‘gadis’ berpakaian putih yang duduk di bawah Menara Condong Teluk Intan ini dikatakan mula tersebar meluas melalui telefon bimbit.
Berdasarkan imej kabur itu, kelihatan ‘seorang gadis misteri’ yang sedang duduk sambil merenung ke arah sesuatu.
Tidak dapat di sahkan kebenaran gambar ini sama ada benar-benar tulin atau pun tidak, namun ianya sudah mulai tersebar di laman-laman web tempatan.


