Irfan: Kelantan jangan ‘mimpi siang hari’

by Black Hat on 8 October, 2012

in Info Riadah

Share:

Kelantan jangan 'mimpi siang hari'

JURULATIH Selangor, Irfan Bakti menasihatkan Kelantan – pasukan bimbingan Bojan Hodak, agar tidak memasang angan-angan boleh menempah tiket ke final Piala Malaysia pada musim ini.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, kemenangan Kelantan pada perlawanan pusingan pertama kelmarin bukan satu jaminan untuk pasukan itu boleh mara ke final.

“Janganlah mereka bermimpi di siang hari untuk mara ke final.

“Perlawanan belum berakhir, dan apa yang boleh saya katakan mereka tidak boleh terlalu yakin kerana Selangor sudah bersedia untuk memastikan mereka tersingkir di tempat lawan,”

kata Irfan kepada wartawan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keyakinan Kelantan untuk mara ke final setelah memperoleh kelebihan satu gol dalam aksi separuh akhir pertama di Kota  Bharu.

Dalam pada itu, ketika disoal akan peluang pasukannya yang dilihat semakin samar, Irfan bagaimanapun tetap bersikap realistik dan yakin The Red Giants masih berpeluang melangkah ke final.

“Harus diingatkan masih ada 90 minit lagi, bermain di Shah Alam.

“Kami akan cuba melakukan yang terbaik demi pasukan kerana misi perjuangan Piala Malaysia masih belum tamat lagi.

“Dan saya akan ubah corak permainan dengan lebih tersusun serta membuat sesuatu untuk ke final nanti,”

kata beliau lagi.

Perlawanan pusingan kedua separuh akan berlangsung Khamis dan Jumaat ini.

Sementara Selangor menerima kunjungan Kelantan, Angkatan Tentera Malaysia bertemu dengan Lions XII. – Info Sukan @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: