Kamal Affandi Sakit, Perlukan Bantuan

by Harian Malaya on 10 October, 2012

in Info Terkini

Share:

Kamal Afendi Sakit, Perlukan Bantuan

“Kalau incase kepala saya meletup, halalkan semua saudara ku,” ujar Kamal dalam gurau.

“Bro, boleh jangan cakap macam itu. Bro akan selamat, bro tahukan saya memang pakar dalam gerak hati. Jadi saya kata, InsyaAllah tidak akan berlaku kejadian buruk,” itulah kata-kata Mazidul Akmal Sidek kepada Kamal Affandi.

Penganalisa jenayah yang sering keluar di kaca tv, Kamal Affandi kini dilaporkan mengalami sakit Arteriovenous malformation (AVM) yang berada di tahap serius. Ketika ditanya mengenai AVM, jawab Kamal.

Arteriovenous malformation. Ringkasnya, ada urat ekstra dalam kepala saya dan urat  itu mengganggu fungi koordinasi otak. Urat itu ada dalam kepala sejak lahir tetapi tidak disedari. Sekarang ini sesekali saya tidak mampu mengawal pergerakan tangan kanan, selalu berasa sakit kepala’

Menerusi blog Mazidul Akmal Sidek, Kamal Affandi disahkan oleh doktor pakar yang beliau mengidap penyakit AVM, iaitu lebihan urat di kepalanya kini mengganggu koordinasi tangan kanan dan beliau terpaksa menanggung kesakitan dan pening kepala pada tahap kritikal.

Beliau juga sepatutnya menjalani pembedahan di hospital hari Isnin lalu namun terpaksa ditangguhkan ke tarikh yang belum pasti akibat syarikat insuran dilaporkan tidak menanggung kos pembedahan masalah congenital.

Kamal Affandi Hashim, Masuk Wad

Di katakan akibat penyakit yang ada sejak lahir, syarikat insuran tidak dapat menanggung kos pembedahan tersebut, dan ini menyukarkan Kamal untuk mendapatkan dana sebanyak RM41,820.

Menurut info terkini, Kamal masih memerlukan kira-kira RM38,000 lagi.

Di sebabkan itu, rayuan untuk rakyat Malaysia tampil membantu beliau dalam melakukan pembedahan di kepalanya amat di alu-alukan.

Kamal Affandi Hashim, Sakit AVM

Bebaskan Kamal dari derita ini dan biarkan dia terus memberikan khidmat kepada masyarakat. Untuk itu, di bawah ini forblogger turut melakukan usaha membantu Kamal agar jumlah yang ingin dikumpul tersebut tercapai.

Akaun Kamal Affandi Hashim : Public Bank 4007 85 2927

#Kredit kepada blog Mazidul Akmal Sidek, update terkini keadaan Kamal Affandi

– Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: