Kanak-kanak 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen

by Harian Malaya on 15 October, 2012

in Info Terkini

Share:
Kanak-kanak 2 Tahun Maut Dihempap Televisyen Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki yang berumur dua tahun mati dihempap televisyen di rumahnya di Jalan Saujana 1, Taman Ampang Saujana di Ampang dekat sini Ahad.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 1.50 petang itu, mangsa, Halif Hariz Khairil Anuar di katakan menarik sebuah laci rak televisyen dalam bilik tidur, yang menyebabkan televisyen 29 inci condong ke depan dan menghempap mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintenden Md Nazri Zawawi berkata semasa kejadian, ibu mangsa, Nor Azlin Mohd Ali, 31, yang berada di bilik itu terdengar bunyi benda jatuh.

“Apabila menoleh ke arah anaknya, beliau mendapati anaknya dihempap televisyen,” katanya ketika dihubungi Ahad.

Tambah beliau lagi, Halif Hariz mengalami kecederaan teruk dan meninggal dunia ketika dibawa ke Hospital Ampang.

Pihak polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: