Abdillah Syarif, demikian nama seorang kanak-kanak kecil ini yang mempunyai satu tabiat pelik. Abdillah dikatakan amat gemar memakan ubat nyamuk.
Dalam sehari, Abdillah atau Adit yang berasal dari Polewali Mandar, Sulawesi Barat, mampu menghabiskan sebungkus ubat nyamuk yang di beli keluarganya.
Keluarga Abdillah atau Adit di katakan sudah berusaha untuk menghentikan tabiat buruk anaknya itu tetapi usahanya itu bukan saja tidak berhasil, malah,ketagihan anaknya itu kepada ubat nyamuk semakin bertambah.
Tabiat pelik Adit menyebabkan anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina itu menjadi terkenal di desanya di Sabang Subik, Kecamatan Balanipa.
Dilporkan, Adit mulai gemar memakan ubat nyamuk ketika berusia lapan bulan. Pada mulanya, Adit yang belum pandai berjalan ketika itu,mendekati ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya.
Hingga kini, Adit terus menjadi ketagih dan tiada sehari pun dilalui tanpa memakan ubat nyamuk. Dia juga melakukan tabiat itu secara diam-diam kerana takut dimarahi ibu bapanya.
“Enak dan manis,” katanya ketika ditanya sebab dia gemar memakan ubat nyamuk.
Usaha keluarganyaya untuk menghentikan tabiat pelik anak mereka tidak berhasil.Walaupun sudah menyorokkannya di tempat lain, Adit akan mendapatkan ubat nyamuk dari rumah jiran mereka.
“Biasanya kalau tidak menemukan ubat nyamuk di rumah, dia akan mencurinya di rumah jiran,” kata Syarifuddin. Nurlina pula mengatakan tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya.
“Dulu ketika hamilkan Adit, saya memang gemar mencium asap ubat nyamuk dan mungkin ia menurun kepada anak saya,” tambah ibunya lagi.
Menurut doktor pakar pediatrik di Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko, Adit menghidap penyakit pica, iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak.
Penyakit itu disebabkan kekurangan zat besi dalam diri kanak-kanak dan mampu untuk dipulihkan, bagaimana pun ianya bergantung pada keprihatinan ibu bapa menjaga anak mereka sendiri.


{ 1 trackback }