Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013

by Black Hat on 3 October, 2012

in Info Terkini

Share:

Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013

Kelayakan Rebat Telefon Pintar RM200 Bajet 2013 : Had umur untuk layak mendapatkan rebat telefon pintar RM200 yang disertakan dalam intipati bajet 2013 bakal dinaikkan kepada 40 tahun selepas Datuk Seri Rais Yatim meminta kementerian mengkaji semula syor tersebut.

Menurut Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim, dalam pengumuman perdana menteri dalam pembentangan Bajet 2013 Jumaat lalu telah menetapkan hanya golongan berusia antara 21 hingga 30 tahun berpendapatan kurang RM3,000 layak untuk menerima rebat.

Sungguhpun begitu, takrif sebenar untuk belia adalah golongan yang berusia 40 tahun ke bawah, kata Rais dalam satu sidang media hari ini.

Menurutnya lagi, pihak kementerian penerangan, komunikasi dan kebudayaan akan menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan mengemukakan syor berkenaan.

Semasa ditanya oleh wartawan media, Rais memberitahu kementerian itu masih belum menetapkan kaedah untuk menyalurkan bantuan dalam Pakej Komunikasi Belia itu. Beliau diminta menjelaskan kaedah tersebut disebabkan timbul kebimbangan bahawa bantuan itu akan disalahguna kelak. – Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: