Khairul Fahmi Enggan Ulas Mengenai Tawaran Kontrak RM3 Juta Daripada Johor



Wow. Walaupun berita ini masih belum diketahui kebenarannya, Admin percaya ianya akan memberikan impak besar kepada dunia bola sepak Malaysia. Kalau dulu ramai ibu bapa yang tak sukakan anak menjadikan bola sepak sebagai kerjaya, pasti kini ramai yang sudah membuka mata apabila melihat jumlah wang yang dilaburkan di dalamnya.
khairul fahmi apek
Khabar angin yang bermula di Internet ini menyatakan yang penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi telah ditawarkan kontrak bernilai RM3 juta daripada pasukan Johor. Untuk makluman, kontrak Apek bersama Kelantan masih berbaki 3 tahun. Sebelum ini Safee Sali pernah menerima kontrak bernilai RM2 juta daripada kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.
khairul fahmi apek
Walaubagaimanapun, Apek enggan mengulas mengenai khabar angin ini dan hanya memberikan fokus kepada pasukannya Kelantan yang akan bertarung di final Piala Malaysia. Kata Apek kepadaHarian Metro.
Saya perlu menghormati kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya
Semoga selepas ini lebih banyak kontrak bernilai besar seperti ini akan ditawarkan kepada pemain-pemain bola sepak Malaysia. Kita memerlukannya supaya lebih ramai anak muda berminat untuk menjadi bola sepak sebagai kerjaya mereka. Kepada Apek, tahniah Admin ucapkan kerana berjaya merubah serba sedikit dunia bola sepak Malaysia.

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top