KUALA LUMPUR – Sebanyak 500,000 unit komputer riba bakal diagih sebagai tambahan kepada sejuta unit yang diperuntuk di bawah Program Komputer Riba 1Malaysia.
“Selepas mengambil kira keperluan serta permintaan yang tinggi daripada orang ramai, sejumlah 500 ribu unit komputer riba telah ditambah menjadikan jumlah keseluruhan 1.5 juta unit”
Program Komputer Riba 1Malaysia diumum sejajar denagn pelancaran Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi pada 2010.
Salang turut memaklumkan hingga September lepas, sebanyak 754,446 unit Komputer Riba 1Malaysia telah diagihkan di seluruh negara.
Menyentuh isu pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar, beliau berkata kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal bekerjasama dengan pemberi perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan ia dilakukan secara adil dan saksama kepada 1.5 juta belia. – Info Pendidikan @ forblogger.net


{ 3 trackbacks }