Konstabel Mabuk Lepas Tembakan Dalam Pub

by Harian Malaya on 4 October, 2012

in Info Terkini

Share:

Konstabel Mabuk Lepas Tembakan Dalam Pub

KUCHING – Seorang anggota polis berpangkat konstabel berusia 21 tahun yang gagal mengawal emosi di dalam sebuah pub telah berlagak ala samseng apabila dengan selamba melepaskan tiga das tembakan selepas bertengkar dalam keadaan mabuk di sebuah pub di kawasan hiburan Travilion Mall, Padungan semalam.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku apabila anggota polis itu yang bertugas di Bahagian Tugas Am Ibu Pejabat Polis Daerah Sri Aman itu pergi berhibur di premis berkenaan bersama seorang rakannya selepas menyertai satu operasi di Serian.

Di beritakan, anggota polis itu telah menyertai pasukan PDRM sejak lebih setahun yang lalu.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 pagi itu, seorang pelayan premis pub telah tercedera apabila terkena serpihan peluru di lehernya. -  Info Terkini @ forblogger.net

 

5.0

Previous post:

Next post: