Korea Utara dakwa roket mereka boleh sampai AS

by Black Hat on 10 October, 2012

in Info Riadah

Share:
Korea Utara dakwa roket mereka boleh sampai AS Perarakan tentera dan senjata Korea Utara ketika sambutan ulang tahun ke-100 kelahiran pengasas negara, Kim Il Sung.

Pyongyang beri amaran selepas Washington, Seoul meterai perjanjian

SEOUL: Korea Utara semalam mendakwa memiliki roketmereka mampu sampai ke Amerika Syarikat (AS) ketika Pyongyang mengutuk satu perjanjian baru Amerika Syarikat-Korea Selatan untuk meningkatkan jarak sasaran sistem peluru berpandu untuk Seoul.

Pyongyang menyifatkan perjanjian jirannya dengan Washington adalah sebagai tindakan provokasi untuk mencetuskan perang.

Ancaman yang dianggap penganalisis sebagai tidak ‘acah-acah’ dan sekadar menarik perhatian itu dibuat selepas Korea Selatan pada Ahad lalu mengumumkan satu perjanjian bersama dengan Amerika memiliki peluru berpandu dengan jarak hampir tiga kali ganda daripada peluru berpandunya sejauh 800 kilometer sekali gus boleh sampai ke mana-mana tempat di seluruh Korea Utara.

Perjanjian satu konspirasi

Jurucakap Suruhanjaya Pertahanan Kebangsaan Korea Utara berkata, perjanjian itu adalah ‘satu lagi konspirasi antara tuan dan hambanya bertujuan mencetuskan ketegangan besar di Semenanjung Korea hingga mampu mencetuskan satu lagi peperangan.

Dalam satu kenyataan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA), beliau mendakwa, tentera Korea Utara termasuk ‘pasukan roket strategik’ mempunyai skop serangan bukan hanya membabitkan Amerika dan pangkalan tentera Korea Selatan malahan Jepun, Guam dan tanah besar Amerika.

Penganalisis Korea Selatan pula menyifatkan reaksi Pyongyang sebagai retorik kosong kerana ia lebih kepada tujuan meningkatkan semangat tentera di bawah kepimpinan baru Kim Jong-Un sahaja.

“Tiada bukti Korea Utara berjaya menguji peluru berpandu yang ada jarak cukup jauh hingga sampai ke tanah besar Amerika,”

kata seorang profesor Akademik Diplomatik Kebangsaan Korea, Yun Duk-Min.

Korea Utara diketahui mempunyai sejenis peluru berpandu antara benua (ICBM) yang sedang dibangunkan, Taepodong-2 tetapi masih tidak pernah diuji.

Pada April lalu, Korea Utara gagal untuk melancarkan roket apabila dikatakan bertujuan meletakkan sebuah satelit di orbit.

Tetapi, Amerika dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula menegaskan, ia sebenarnya satu ujian peluru berpandu balistik menggunakan pelancaran tiga peringkat Taepodong-2. – AFP, Info Terkini @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: