Kriteria Lelaki Dambaan Miera Liyana

by MediaKini on 26 October, 2012

in Info Artis

Share:

Kriteria Lelaki Dambaan Miera Liyana: Bekas kekasih kepada pelakon Shahrizal Jazle ini berani menyatakan kriteria lelaki idamannya.

Daripada ramai-ramai lelaki yang ada, Miera Liyana telah menyenaraikan 3 lelaki yang menjadi dambaannya. Katanya dia sukakan lelaki yang macho dan bertubuh sasa.

Menurut laporan Malaysia Digest, lelaki dambaan Miera Liyana adalah terdiri seorang darinya adalah kekasih orang manakala 2 lagi tentunya suami orang.

Apa sekali pun status mereka, ketiga-ketiga lelaki inilah yang menjadi dambaan Miera Liyana. Namun begitu, gadis berusia 19 tahun ini memberikan jaminan bahawa  dia tidak akan sesekali menjadi perampas kebahagian orang lain.

Cuma ketiga-tiga personaliti popular itu adalah sekadar gambaran kepada ciri-ciri lelaki idamannya.

“Saya lebih suka lelaki yang macho serta bertubuh sasa. Suka lelaki macam Henry Golding, Adi Putra dan Aaron Aziz”

Selepas hubungan cintanya dengan pelakon Shahrizal Jazle putus di tengah jalan, Miera berkata, hingga kini dia masih belum memikirkan bagi menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki.

“Kawan-kawan tu ramai lah, ada juga yang menghimpit tapi saya menolak sambil (gelak). Saya lebih suka berkawan lah”

- Info Artis @ forblogger.net

5.0

Previous post:

Next post: