Maya Karin Nafi Sedang Bercinta Dengan Pemilik Lotus

by Harian Malaya on 23 October, 2012

in Info Artis

Share:

 

Maya Karin Nafi Sedang Bercinta Dengan Pemilik Lotus

Maya Karin, aktres yang cantik jelita tetap mengakui dirinya masih lagi single dan tidak menolak dakwaan beliau mempunyai ramai kawan.

Namun telah timbul satu spekulasi yang mengatakan kononnya dia sedang bercinta dengan pemilik Lotus, apabila aktres ini telah bergambar di garaj pasukan Lotus, Formula satu di Singapura September lalu.

Saya tahu memang tempat itu (garaj Lotus) tidak boleh masuk dengan membeli tiket tetapi saya ada kenalan yang juga pemilik Lotus itu yang bawa saya ke situ. Kami hanya kenalan tetapi tidak bercinta. Apa yang pasti, saya ramai kawan.

Maya Karin yang turut mengakui dirinya suka meluangkan masa dengan melancong ke serata dunia dan tidak menolak berkemungkinan beliau akan bertemu dengan sesiapa sahaja yang mungkin akan menjadi jodohnya.

Apa yang penting tegasnya biarlah ianya berlaku secara semulajadi tanpa ada sasaran tertentu untuk dia mengakhiri status singlenya itu.

Dalam masa dua tiga tahun ini kalau saya jumpa sesiapa semasa melancong itu mana tahu. Saya tidak letak sasaran umur berapa untuk berkahwin, biarlah ia berlaku secara semulajadi.

# Terbaru gambar Maya Karin sedang bercuti di kawasan pergunungan Kathmandu, Nepal bersama bapa beliau yang tercinta.

– Info Artis @ forblogger.net 

5.0

Previous post:

Next post: