Xu Gui merupakan seorang gadis yang cemerlang dalam pelajarannya di sebuah sekolah di Zhou Xinjiang, China.
Gadis kecil berumur 14 tahun di China ini sebenarnya menanggung kehidupan sebagai anak dan pelajar dengan penuh derita. Walaupun begitu, dia memang seorang gadis yang cukup tabah.
Dilahirkan ketika bapanya berusia 50 tahun, bapanya telah memberikan dia dengan nama “Xu Gui” yang bermaksud simbol kekayaaan dan kesenangan.
Namun begitu, realitinya, kehidupan Xu Gui yang merupakan anak tunggal kepada pasangan itu jauh lebih merumitkan dan menyedihkan.
Selepas sahaja kematian bapanya, Xu Gui terpaksa menjaga ibunya yang menderita penyakit mental.
Kesemua kerja mengemas rumah, menjaga kebajikan ibunya terpaksa beliau ambil alih. Kerja seperti menyuap makanan, memandikan ibunya menjadi satu rutin bagi dirinya.
Pun begitu, tak pernah terlintas mahupun timbul sedikit pun rasa keluhan dari gadis kecil ini dan dia terus melakukan kerja itu dengan penuh tanggungjawab sebagai seorang anak.
Kisah Xu Gui yang pernah menjadi bualan warga forum di China, mereka semua di katakan ingin membantu meringankan beban remaja ini dengan mengirimkan pelbagai bantuan.
Malahan ada di antara mereka bercadang untuk memberikan motivasi secara terus dengan datang ke sekolahnya dengan harapan dirinya terus kuat dan menjadi kebanggaan ibunya.






