Messi, Ronaldo Pamer Aksi Klasik


Messi, Ronaldo

BARCELONA – Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo masing-masing menyumbatkan dua gol ketika Barcelona dan Real Madrid seri 2-2 dalam pertemuan klasik yang meletakkan kelab Catalan itu hanya lapan mata mengatasi pencabar lain dalam saingan Liga Sepanyol.
Ronaldo meletakkan Madrid di depan selepas minit ke-23 tetapi Messi membalas pada minit ke-31 perlawanan.
Kehadiran kira-kira 98,000 penyokong Catalan hampir menyemarakkan kemenangan bagi membolehkan Barcelona terus mendahului liga dengan 11 mata selepas Messi menjaringkan gol kedua menerusi sepakan percuma pada minit ke-61 tetapi Ronaldo membalas lima minit kemudian.
Pada minit-minit terakhir perlawanan, Barca beroleh peluang untuk mencatat kemenangan menerusi pemain gantian, Martin Montoya tetapi percubaannya terkena palang. – AFP

HOT POST FORBLOGGER HARINI:



APA KOMEN ANDA?

0 comments:

Scroll to top