Najib Enggan Dedah Sumber RM40j Kepada Umno Sabah

 

Najib Enggan Dedah Sumber RM40j Kepada Umno Sabah:¬†Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata wang sebanyak RM40juta yang cuba diseludup ke Malaysia bagi Umno Sabah adalah dikatakan “sumbangan politik” (political donation) untuk Umno.

Namun, presiden Umno itu enggan mendedahkan pihak yang telah menyumbang wang tersebut kepada Umno sewaktu ditanya pemberita.

“Ia adalah sebagai sumbangan politik. Setiap parti politik mempunyai hak bagi menerima sumbangan politik selagi ia dibuat dengan mengikut saluran yang betul.

“Kami tidak boleh mendedahkannya penyumbang kerana pembangkang juga menerima sumbangan. Mereka juga tidak mendedahkannya,”

Sewaktu tanya oleh wartawan bagi mengesahkan adakah ia dibuat dengan cara yang betul, Najib berkata:

“Ya… Apa sahaja selagi ianya dilakukan dengan saluran atas nama parti.”

Ditanya wartawan bahawa jumlah wang tersebut boleh menimbulkan keraguan di kalangan masyarakat, Najib hanya membalas:

“Tanyalah pembangkang berapa banyak mereka menerima (sumbangan politik)”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz sebelum ini yang melaporkan berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menunjukkan wang berjumlah RM40 juta yang diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong adalah merupakan sumbangan kepada Umno Sabah serta bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Sementara itu, dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Nazri berkata elemen rasuah tidak dibuktikan dalam kes ini.

Transperancy International Malaysia juga turut mendesak Umno mendedahkan sumber wang tersebut. – Info Politik @ forblogger.net

 

Leave a Reply