Nasha gesa Pas utamakan Islam bukan kuasa

Nasha gesa Pas utamakan Islam bukan kuasa

KUALA LUMPUR: Dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menggesa parti itu agar tidak mengutamakan kuasa semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam sebenar di tempat kedua.

Beliau yang juga ahli Majlis Syura Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, dalam konteks politik hari ini, masalah perpecahan umat seringkali dilupakan sedangkan ia adalah masalah utama yang perlu diselesaikan terlebih dahulu berbanding kuasa yang diidamkan.

Menurutnya lagi, beliau turut berasa sangat hairan mengapa usaha bagi membincangkan masalah umat Islam terutamanya ketika melibatkan dua parti terbesar orang Melayu Islam iaitu parti Umno dan Pas sering dilihat ‘taboo’.

“Jika umat Islam negara ini berterusan berpecah belah, apakah yang bakal terjadi kepada umat untuk lima, 10 atau 15 tahun lagi? Adakah umat Islam tergelincir atau akan lebih teruk permusuhan sesama sendiri?

“Adakah agama ada mengajar umatnya meletakkan ajaran Islam di tempat kedua semata-mata mahu mendapatkan kuasa diimpikan?”

kata beliau pada Seminar Dakwah Islamiyyah Sebagai Tunggak Kekuatan Ummah di PWTC, hari ini.

Tambahya lagi, kemenangan Islam terletak di tangan umatnya sendiri dan tanpa bantuan dari bukan Islam.

“Saya pernah bertanya sebanyak dua kali kepada seorang pemimpin Islam, adakah dalam sejarah kemenangan umat Islam, pernah dibantu oleh orang bukan Islam?

“Beliau menjawab kemenangan Islam dari dulu sampai bila-bila berada di tangan umat Islam sendiri sahaja,”

katanya.

Pas kini berada dalam Pakatan Rakyat (PR), yang turut dianggotai oleh DAP dan PKR. Perikatan itu dibentuk selepas PRU12 pada empat tahun lalu. - Info Politik @ foblogger.net

Black Hat

Hi Black Hat adalah admistrator dan SEO player di forblogger.net news portal. Black Hat juga adalah salah seorang Reporter dan Writter daripada lainnya. Organisasi kami ditegah menyebelahi mana² organisasi politik dan lainnya, hanya sekadar menyiarkan berita secara neutral dari pelbagai kategori.

One thought on “Nasha gesa Pas utamakan Islam bukan kuasa

Leave a Reply