Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka bakal mengetuai konvoi ke Istana Kehakiman, Putrajaya pada Rabu bagi menuntut hak negeri tersebut ke atas bayaran royalti minyak.
Laporan pemberita menyebut, Nik Aziz telah menyatakan persetujuan bagi mengetuai konvoi anjuran Gabungan Profesional Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak serta Gas ke Kelantan (R).
“Kita telah terima makluman bahawa YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat akan menghadiri serta mengetuai program Himpunan ROYALTI di Istana Kehakiman Putrajaya pada 3 Oktober 2012 (Rabu) nanti.”
Selain itu, Nik Aziz turut bersetuju menghadiri ceramah berhubung tuntutan tersebut di Shah Alam yang bakal dijadualkan berlangsung pada malam sebelumnya.
“Ia sebagai saluran baru untuk memberi tahu seluruh rakyat Malaysia setelah semua saluran media pro-kerajaan ingin menutup isu tuntutan royalti, pendaratan minyak serta gas ke negeri,”.
Dalam pada itu, dikatakan kumpulan peserta akan menyerahkan 150 ribu tandatangan referendum tuntutan itu ke pejabat pejabat Perdana Menteri. – Info Politik @ forblogger.net


{ 1 trackback }