Sangat kuat semangat pelakon jelita ini, Norish Karman dilaporkan tetap hadir ke lokasi penggambaran drama walaupun terpaksa menahan sakit dan datang hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak.
Norish Karman ketika ini baru sahaja menjalani ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’ akibat kekoyakan dialaminya di bahagian spine disc serta tisu yang menyebabkannya sukar untuk berdiri.
Pelakon popular yang berasal dari Singapura ini masih hadir ke lokasi bagi merakamkan babak untuk drama ‘Julia’ yang sedang bersiaran di TV3 ketika ini.
“Pihak produksi faham keadaan saya, namun atas rasa tanggungjawab saya tetap datang ke lokasi kerana hampir setiap episod ada babak membabitkan saya sebagai Zainab dalam drama itu”
“Jika saya tidak ke lokasi menyiapkan babak saya, ia boleh menyebabkan jalan cerita tergantung,”
kata Norish Karman.
Tambah Norish Karman, sakit beliau itu datang secara tiba-tiba ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya hingga beliau hnya mampu terduduk sahaja ketika bergambar dengan peminat.
“Penyakit ini, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri,”
ujar Norish Karman yang mengakui bekerja keras walaupun dirumah. – Info Artis @ foblogger.net


{ 2 trackbacks }