JAKARTA — Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di fakulti perubatan sebuah universiti di Yogyakarta ditahan Polis Indonesia pada Sabtu lalu kerana memiliki ganja seberat 6.8 gram.
Pelajar lelaki yang berusia 22 tahun itu ditangkap oleh sepasukan Polis Cawangan Narkotik di Jalan Kaliurang, Daerah Sleman, Yogyakarta, sejurus selesai transaksi pembelian dadah tersebut dengan harga Rp300,000 (kira-kira RM100).
Menurut imformasi, pelajar itu telah memesan bahan tersebut melalui laman sembang Internet.
Penangkapan pelajar itu susulan maklumat awam dan polis yang membuat intipan menemui dadah tersebut padanya dalam bungkusan kertas surat khabar lama.
Pelajar tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun di bawah Fasal 111 dan 115 Undang undang Narkotik Republik Indonesia.
5 info berkaitan...
- Penyanyi Zzati, Bukan Penyebab Wan Zack Pulang Ke Malaysia
- Ahli perniagaan Saudi tawar 10 juta dollar sesiapa bunuh Hassan Nasrallah
- Orang Islam Myanmar terpaksa berlindung di biara
- Bayi terselamat dari paip kumbahan keluar hospital
- Polis terima 5 laporan kenderaan dirosakkan dalam insiden kekecohan Piala FA


{ 2 trackbacks }