
ALOR GAJAH: Angkara cinta monyet yang tidak kesampaian, seorang pelajar perempuan tingkatan empat sebuah sekolah menengah di sini, cedera selepas dia terjun dari motosikal yang ditunggang laju pasangannya dalam satu kejadian di pantai Kuala Sungai Baru, dekat sini, kelmarin.
Difahamkan, kejadian sekitar jam 6 petang itu dipercayai berlaku apabila mangsa yang berusia 16 tahun tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia bakal ditinggalkan kekasihnya.
Sumber berkata, sebelum kejadian itu, mangsa bertengkar dengan teman lelakinya di luar kawasan sekolah berkenaan hingga menyebabkan teman lelakinya itu cuba terjun ke dalam laut sebelum dipujuk oleh mangsa sendiri.
“Kejadian itu disedari pengawal keselamatan berusia 50-an yang membuat rondaan di sebuah sekolah berhampiran lokasi kejadian.
“Dalam hujan lebat, mangsa dan pasangannya dilihat sedang bertikam lidah sebelum remaja lelaki itu cuba terjun ke laut,”
katanya, di sini, semalam. – Info Pendidikan @ forblogger.net
